Blogger Widgets

Saturday, March 1, 2014

Part- Siapa aku disampingnya

Fikiranku melayang seketika, teringatkan peristiwa semalam. Perasaanku ternyata keliru, hanya Allah yang Maha MengetahuiNya. Lewat malam semalam, telefonku berdering. Panggilan dari Afrizal rupanya. Amat jarang dia menelefonku pada waktu sebegini.
   "Assalammualaikum, Zal kenapa? Call Lia time macam ni, kau ok ke?" aku terus bertanyakan khabarnya, tetapi dia hanya membisu sahaja. Dalam fikiran ku terbayang pelbagai persoalan..
   "Zal, kau kat mana ni? Kau ada masalah ke? Janganlah diam jer," aku mula bangun dari katil, lenaku hilang entah ke mana..Persoalan demi persoalan bertubi-tubi aku ajukan kepadanya, cuma suara keluhan yang kedengaran...Aku pasti ada sesuatu yang telah berlaku, seolahnya Afrizal hilang punca dan buntu.
   "Zal...aku tak tahu apa yang telah berlaku pada kau, just cakap pada aku kau kat mana sekarang..aku tahu kau tak ok..please," aku makin resah dengan kebisuan Afrizal.
   "Lia....aku kat pagar rumah kau...Aku tak tahu nak cari siapa lagi,"lemah sekali suara yang kedengaran.
   "Ok Zal, aku keluar kejap lagi. Tunggu tau..kejap jer," aku terus mencapai cardigan dan mencari kunci rumah..Saat aku membuka pintu rumahku kelihatan wajah Afrizal sugul dan tidak bermaya...Dia berpaut pada pagar rumah ku, sorotan matanya seakan meminta perhatianku.
Aku segera memaut lengan Afrizal dan membawanya duduk di buaian halaman rumah.
    Melihat keadaan Afrizal yang sebegitu aku kembali kedalam rumah mengambil gebar dan menyediakan Milo panas.
   "Nah, biar segar dan tenang sikit," Afrizal menyambut tanpa berkata apa. 
   "Kau gaduh ngan Maya ke?" tanyaku. Hanya perkara itu yang terlintas di fikiranku.
Dia masih lagi mendiamkan diri dan aku pula telah mati akal untuk membuatkan dia bersuara. Aku menujahkan sedikit tenaga untuk menggerakkan buaian dan bunyi geseran buaian kehausan minyak gris memecah kesunyian.
   "Mama tidak mahu Maya jadi menantunya," jawab Afrizal memecahkan kebuntuan fikiranku. Aku mendiamkan diri, membiarkan dia terus meluahkan segala bebanan di jiwa.
    "Mama dah ada calon menantu pilihannya," cerita Faizal lagi.
Hanya sebab itu keadaan dia teruk sebegini? Ah! Mengarutlah, Afrizal yang aku kenal adalah lelaki yang kuat semangatnya. Pelik betul aku.
   "Sebenarnya mama dah banyak kali minta aku putus dengan Maya, tapi aku degil. Aku fikir lama kelamaan hati mama akan lembut dan dapat melihat kebaikan Maya tapi tak semudah itu. Pagi tadi mentah-mentah dia tolak permintaan aku untuk melamar Maya," Afrizal mengangkat wajahnya memandangku.
Renungan matanya dan wangainnya membuatkan naluriku bergetar seketika. Namun aku cuba untuk fokus terhadap luahan Afrizal.
   "Maya okey aper jadi menantu mama, cuma bab over tu kadang aku tengok ni pun pening jugak. Alamak! Hehehehehe" aku tersengeh memandangnya. Langsung dia tidak mengendahkankan keterlanjuran kata-kataku.
   "Dah lama mama tak emosi macam ni. Aku tahu Maya tu tidak sempurna dan mama tak suka mengenainya  tapi aku tahu dia sangant mencintai aku," luah Afrizal lagi.
   "Lia, aku dah lama berjanji dengan keluarga Maya, lagipun tak ada satu manusia yang sempurna atas muka bumi ni," sorotan matanya seakan-akan mengharapkan aku mengerti.
Aku mengeluh perlahan, kata-kata Afrizal amat benar sekali. Kita tak perlu alasan untuk mencintai.
   "Aku call mama semalam, tak ada pula dia cakap apa-apa. Aku tak tahu sejak bila mama dah ada calon untuk kau. Banyak rahsia rupanya mama kau ni," balas aku kembali.
   "Aku tak salahkan kau kalau kau tak tahu tentang hal ni. Aku sendiri macam tak percaya bila aku mendengarnya dari mulut mama. Dah lama dia rancang semua ni. Kita  jer yang tak tahu agenda mama selama ni," cerita Afrizal lagi.
Aku makin keliru. Agenda? Mama ada drama? Semuanya di luar kotak pemikiranku kerana mama selalunya akan berkongsi rahsia dengan aku.
   "Entahlah Lia, aku pening dengan permintaan mama. Memang tak masuk akal, mama ingat semuanya semudah tu ker?" keluhan Afrizal kedengaran berat sekali seperti tersiksa jiwanya.
   "Masalahnya....siapa? Dari tadi kau bercerita tapi tak bagi tahu siapa dia," naik geram pulak aku dibuatnya.
   "Lia...." perlahan sahaja suara Afrizal.
   "Ya, Zal. Siapa?" tanyaku kembali.
   "Lia..." 
   "Aku dengar tapi siapa dia?" tanyaku lagi. Apalah yang susah sangat Si Afrizal ni.
   "Merliah Syufiah binti Mohammad Syufian. Mama pilih kau. Sejak dulu dia pilih kau dan sampai bila-bila dia tetap pilih kau."
Aku terkedu mendengar kata-kata Afrizal.Ya Allah! Mama tak pernah berputus asa rupanya. Untuk sesaat, aku terasa begitu bahagia. Indahnya disayangi dan dicintai sebegitu rupa.Mama,untuk menyayangimu tidak perlu aku diikat sekuat ini.
   " Tengku Afrizal Tengku Razman, aku benar-benar tidak tahu menahu dan aku tak pernah salahkan sesiapa di atas segala yang telah berlaku. Aku sudah lama redha dengan ketentuanNya. Tiada siapa yang perlu menebusnya. Selama ni aku ingat mama fahaminya," aku mengeluh perlahan, perasaan sedih mulai menyelubungi. Tanpa aku sedari, titisan air mata mengalir di pipi, sejarah yang aku cuba lupai, ingatannya kini segar kembali dan hatiku terluka lagi.
   "Lia, aku tak bermaksud nak buat kau ingat kembali kisah lama. Aku benar-benar perlukan pertolongan kau. Hanya kau saja yang boleh meyakinkan mama," pinta Afrizal, perlahan dia menyapu air mata di pipi ini.
Aku cuba mengukirkan senyuman walaupun hambar.
   "Aku tetap akan ingat segala jasa dan budimu padaku. Pada saat aku kehilangan keluargaku, hilang arah tuju, hilang semangat untuk ke universiti, kau yang membawa aku kepada keluarga ini. Kau berikan aku mama, Abang Fahrin, adik, kau kembalikan kekuatan dan impianku. Mana mungkin aku menolak permintaan kau ini. Aku akan cuba berbincang dengan mama," janjiku dan aku akan cuba sedayaku.
   "Kau juga perlu mencari pengganti. Hampir 3 tahun Abang Fahrin telah pergi. Mungkin disebabkan itu mama masih menyimpan hasrat terhadap kau. Hasrat dia melihat kau bahagia masih belum kesampaian," kata Afrizal. Perlahan dia menggenggam tanganku, kehangatan terasa sehingga ke lubuk jiwa. Perasaan yang membuatkan aku keliru seketika.
   "Kalau Abang Fahrin masih hidup pun, aku percaya dia tak suka lihat kau begini," sambung Afrizal lagi.
Dengan perlahan, aku menarik tanganku dari genggaman Afrizal.
   "Aku telah teruskan hidup ini sedayaku, cuma aku belum lagi temui lelaki yang sebaik Abang Fahrin dan aku tak pasti kalau ada lelaki lain yang akan mencairkan hatiku kembali" ucapku.
   "Aku? Tak cukup hebat mencairkan hati kau? Aku dan abang berkongsi genetik yang sama tau," seloroh Faizal.
   "Ah! Mengada-ngadalah kau Zal. Aku rasa kau dah cukup okey untuk memandu balik. Sudahlah, pergi balik rumah tidur," aku menjelingnya dan pantas bangun dari buaian. Dia memberikan gebar dan mug kepadaku.
   "Kau tak jawab lagi pertanyaan aku," dia memandang tepat ke mataku.
Aku hanya tersenyum dan melambaikan tanganku.
   "Aku macam mana?" laungnya ketika membuka pintu kereta.
   "Take care, hati-hati memandu. Bye," laungku kembali. 
Sebenarnya aku tiada jawapan untuk itu kerana aku masih keliru. Kita terlalu akrab untuk dipanggil sahabat. Kasih sayang yang menggunung ini disebabkan teduhan kasih oleh keluargamu atau sebenarnya aku mencintaimu? Deruman enjin kereta Afrizal memecahkan kesunyian hening pagi. Ah! Biarkan saja ia begitu.


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment